Selamat Datang ke blog saya . Harap semua happy and anjoy blog ini . enjoy it !!

Jumaat, 29 April 2016

NAK SAMBUNG DI MANA LEPAS SPM ??



So entry kali ni is about HALATUJUH SELEPAS SPM .. tentu ramai lepasan SPM yang masih bingung tentang bagaimana nak teruskan pengajian .. kan ?? di mana nak pursue study ni ?? so , insyaAllah ini akan membantu anda memahami .. saya copy jer dari laman web yang lain ..

HALATUJUH SELEPAS SPM


1. Universiti

Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Jika ingin ke universiti, mereka harus memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia. Pelajar mesti faham apa perbezaan IPTA dengan IPTS .. Kebanyakn IPTA mendapat kelulusan dan pengiktirafan yang membolehkan graduan boleh terus sambung bekerja dalam negara ..
Iklan akan dikeluarkan di akhbar mingguan tempatan


2. Kolej Matrikulasi

Selain universiti, pelajar masih boleh membuat program foundation atau pengajian asas di matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan. Sama saja dengan asasi.Selepas matrik, pelajar boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana pelajar akan memilih course untuk pengajian ijazah pelajar. Matrik ada yang programnya setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM pelajar itu.


3. Luar Negara

Pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, US, Australia, New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar Malaysia.


4. Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan Latihan.

Selain universiti dan matrik, pelajar yang lebih cenderung ke arah teknikal masih boleh melanjutkan pelajaran di politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Apabila dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutup tarikh permohonan. Di politeknik, pelajar boleh mohon sijil atau diploma. Terdapat juga program teknikal yang ditawarkan di ILP dan ILJTM,MLPK dan sebagainya.
Iklan akan dikeluarkan di akhbar mingguan tempatan


5. Kolej-kolej

Kini terdapat banyak kolej swasta bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tetapi pelajar harus pandai pilihlah kolej mana yang bagus. Pelajar perlu memastikan kolej swasta tersebut mendapat pengiktirafan MQA. Ianya sangat perlu kerana kesannya apabila sukar mendapat pekerjaan.


Jika anda memilih kolej swasta, cikgu rekemenkan Kolej yang menawarkan pinjaman MARA. Ini kerana terdapat lebih banyak kebaikan. Kunjungi web MARA untuk mengetahui lebih lanjut.


Ada juga kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Poly-Tech MARA, Kolej Shahputra ada ditawarkan program diploma UiTM.

6. Tingkatan 6

Ramai pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Jika mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan matrikulasi.


7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA ini boleh pelajar mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya.Jikapermohonan pelajar berjaya, pelajar akan ditemuduga. Lulus temuduga barulah pelajar akan ditawarkan melanjutkan pengajian di kolej-kolej kejururawatan.


8. ALAM

Sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan yang lebih mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).


9. Kursus Ketenteraan

Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang tinggi,bolehlah membuat permohonan ini.Terdapat banyak caranya dan pelajar khususnya boleh rujuk di laman web atau buku panduan kerjaya yang TERKINI yang berdekatan dengan pelajar.


10. Kursus Penerbangan

Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini.Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang,pramugara,pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan.Kerjaya seperti juruterbang,pramugari dan pramugara ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.


11. Institut Pendidikan Guru (IPG)

Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini.Kerjaya ini sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa kelak.Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi,perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa.Jadibekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.


Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan